Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS)

Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS)

Terdapat sekolah yang belum lagi dapat melaksanakan Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS) pada tahun 2013. Bertungkus lumus Pembantu Tadibir yang menguruskan kewangan cuba menyiapkan tetapi disebabkan kekangan masa dan tugas akhirnya sistem ini tidak terlaksana sepenuhnya pada tahun 2013.

Tahun 2014 semoga sistem ini dapat dijalankan sepenuhnya. Sistem ni sebenarnya kalau dah berjaya berjalan memang sangat memudahkan terutama bagi PT baru. Tapi yela da namanya pun sistem mesti ada masanya hang jugak.

Untuk capaian Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS) boleh klik link kat bawah...

Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS)

Tugas Pembantu Tadbir Kewangan

Tugas Pembantu Tadbir Kewangan di sekolah

Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:
  1. Menyediakan gaji kakitangan;
  2. Menyelenggara buku vot;
  3. Membuat kutipan hasil;
  4. Menyediakan baucar bayaran;
  5. Menguruskan pembayaran bil-bil;
  6. Mengeluarkan resit penerimaan bayaran;
  7. Menerima penyata tuntutan elaun-elaun;
  8. Menyelenggara buku tunai dan cerakinan buku tunai;
  9. Menyediakan penyata pemungut/audit;
  10. Mengeluarkan waran peruntukan mengurus;
  11. Menyediakan laporan perbelanjaan;
  12. Mengeluarkan tawaran sebut harga/tender;
  13. Memproses permohonan pinjaman kenderaan/komputer;
  14. Menyediakan surat-menyurat; dan
  15. Lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa
Sumber: Laman Web SPP

Nota Kaki: Tugas PT kewangan ni ikut sekolah dan guru besar/pengetua. Ikut nasib la kalau dapat sekolah yang clear semuanya, Alhamdulillah lancar urusan. Tapi kalau sebaliknya lain pula ceritanya.

Tugas Pembantu Tadbir Perkeranian di Sekolah

Tugas Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi di sekolah:

Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi berperanan melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat kumpulan sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada , tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personal, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi. Skop fungsi bidang tugas adalah seperti berikut:

1. Pentadbiran Pejabat:
  • Pentadbiran Am; 
  • Perkhidmatan Kaunter;
  • Pemprosesan dan pengumpulan data/maklumat; dan
  • Pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi
2. Pengurusan Personel;

3. Pengurusetiaan;

4. Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan;

5. Pengurusan rekod;

6. Pengurusan kewangan; dan

7. Pengurusan fail.

Sumber: Laman web SPP

Nota Kaki: Menjadi Pembantu Tadbir di sekolah memang sangat mencabar kerana pembantu tadbir perlu tahu banyak perkasa. Multi tasking dan perlu banyak bersabar dengan segala cabaran dan masalah yang timbul kerana sesetengah sekolah memang tidak mempunyai staf yang mencukupi. Bidang tugasnya kadang-kadang menjadi terlalu meluas.